skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
shila
When problems are so big and your strength is no longer enough to carry them, don’t give up because where your strength ends, the grace of ALLAH begins.
View my complete profile

masa berlalu

Cuteki cute & kawaii

titisan minda

get this widget here

tinggal jejak

pengikut setia

Powered by Blogger.

bicarasiswi

PIRAMID AKTIVITI FIZIKAL

Thursday, 8 December 2011

Posted by shila at 07:15 0 comments  

TIPS GAYA HIDUP SIHAT

1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam
    badan, menjaga kesihatan kulit dan juga
    membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani.
    Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan
    kulit dan kesihatan.

4. Pastikan tidur anda benar-benar berkualiti.

5. Benarkan kulit anda berehat dari memakai
    sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

6. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan
    berhenti sebelum kenyang.

7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun di rumah. Cari pelbagai jenis bunga
    yang wangi untuk ramuan mandian.

8. Elakkan tekanan. Tekanan mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut
    di kamar bagi meredakan ketegangan.

Posted by shila at 05:57 0 comments  

MAKANAN SEIMBANG

Wednesday, 30 November 2011


Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

 Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.



 Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

 Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Posted by shila at 08:01 0 comments  

bicara tentang ilmu

Saturday, 26 November 2011


salam buat pembaca...


Ilmu adalah gunung,tidak bisa dinaiki kecuali oleh langkah pemikiran,Ilmu adalah langit,tidak bisa dinaiki kecuali oleh tangga kefahaman

Ilmu adalah bintang,tidak bisa disentuh kecuali dengan tangan kesungguhan

Ilmu itu tidak layak kecuali untuk ditanam,tidak ditanam kecuali di dalam jiwa dan tidak disirami kecuali dengan belajar.


 Ilmu adalah tujuan yang jauh,
 tidak diburu dengan panah,
 tidak dilihat dalam tidur,
 tidak diwarisi dari para zaman,
 bisa diraih dengan membiasakan begadang,
 banyak mengkaji, menyibukkan pemikiran,
 terus menerus berkelana dan menerjang bahaya

~Ibnu Qoyyim Al Jauziyah~

Posted by shila at 08:01 0 comments  

Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License